fbpx

Rumah vokalis kumpulan Dinamik musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYELARAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka Datuk Seri Ismail Mohamed Said (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Mohamad Suhaimi Rapaad di Felda Jengka 20, Maran hari ini.

MARAN – Vokalis Kumpulan Dinamik Mohamad Suhaimi Rapaad, 38, menghadapi dugaan berat menjelang Aidilfitri apabila rumahnya di Felda Tanjung, Jengka 20, musnah terbakar malam semalam.

Mohamad Suhaimi yang lebih dikenali sebagai Emy kini tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian termasuk milik isteri dan ibunya hangus terbakar dalam kejadian pukul 7.40 malam itu.

Semasa kejadian Suhaimi bersama isterinya, Yuriza Hanim, 38, dan ibunya, Nadira Shaharudin,78, berada di Taiping, Perak atas urusan keluarga sejak lebih sebulan lalu.

“Saya dan isteri serta ibu sampai di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dari Perak, apa pun tak dapat diselamatkan termasuk gitar kesayangan dan medal kemenangan. Terkedu juga melihat semuanya musnah dengan tinggal berapa hari lagi nak raya, ini memang ujian buat kami sekeluarga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Suhaimi yang pernah bergelar vokalis kumpulan Samudera berkata, dia yang baru ditawarkan sebagai vokalis kumpulan Dinamik menjangkakan urusan untuk rakaman lagu di studio juga akan sedikit terjejas ekoran kejadian itu.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 164418100099 atas nama Mohamad Suhaimi Rapaad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI