fbpx

Rumah peneroka musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Felda Jengka 20 di Maran malam semalam.

MARAN – Ketika kira-kira seminggu lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, sebuah keluarga peneroka Felda berhadapan ujian besar apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Jengka 20 di sini, malam semalam.

Difahamkan semasa kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, keluarga berkenaan tiada di rumah kerana menziarahi ahli keluarga di negeri lain dan kebakaran disedari oleh jiran bersebelahan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa dan ketika kejadian rumah berkenaan tiada penghuni.

“Pasukan bomba menerima panggilan pukul 8.27 malam dan tiba 15 minit selepas itu sebelum membuat operasi pemadaman dengan menggunakan aliran hos bantu mula air tangki bomba.

“Peratusan kebakaran rumah berkenaan adalah 95 peratus. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI