fbpx

Peniaga menangis karipap sejuk beku terjual sentuh hati ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video tular memaparkan reaksi seorang peniaga yang menangis apabila jualannya dibeli oleh seorang pelanggan menyentuh hati pengguna media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat itu didapati seorang lelaki berhenti di tepi jalan bagi membeli karipap sejuk beku yang dijual oleh peniaga tersebut.

Selepas membuat bayaran, dilihat peniaga tersebut bersalaman dengan pelanggan berkenaan dan bersungguh-sungguh mencium tangan pelanggan itu sebagai tanda terima kasih.

Peniaga berkenaan juga dilihat menyeka air mata sbaik sahaja urusan jual beli itu selesai.

Tinjauan di ruang kome mendapati rata-rata pengguna meluahkan perasaan sebak melihat reaksi peniaga itu selain mendoakan jualannya laku.

“Meniaga dah berumur pakai kancil tepi jalan, tengah panas, berhentilah, belilah dan ‘support’ lah. Mereka bukan nak jadi kaya pun, cuma nak cari makan untuk hari itu saja. Ada yang menunggu rezeki tu di rumah. Tak miskin pun kalau kita bantu,” kata Pokokpangkal.

“Semoga rezeki pak cik melimpah macam air mengalir, panjang umur, sihat tubuh badan,” doa As.

“Semoga murah rezeki dunia akhirat pak cik menjual dan pembeli,” kata Amira.

“Tolonglah beli dekat Sungai Isap saja, aku walaupun tinggal duit makan tapi aku rela beli juga. Terima kasih pak cik, saya janji selagi pak cik ada dekat situ setiap kali saya lalu, saya beli,” kata Kirpengs.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 800,000 kali. – KOSMO! ONLINE

@unstablegirllll Semoga sihat selalu ye pakcik🥲😭. Semoga u murah rezeki ye sayang😭😭😭🫶🏼🫶🏼🫶🏼❤️❤️ #fypシ ♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI