fbpx

Lekir nafi ‘anak emas’ FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULTRAS MALAYA sentiasa menjadi tulang belakang skuad Harimau Malaya dalam menghadapi setiap perlawanan.

CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad sudah pun membuat laporan polis atas dakwaan mengatakan dirinya adalah ‘individu istimewa’ kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang didakwa dalam surat layang sebelum ini.

Lekir menafikan segala dakwaan berkenaan, namun tidak menafikan beberapa kali berkunjung ke Wisma FAM bagi membincangkan hal penyokong untuk ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya di Piala Asia, baru-baru ini.

“Tiba masanya untuk saya memulakan bicara yang tidak perlu panjang, tetapi cukup untuk menafikan segala fitnah yang tersebar luas berkaitan diri saya di bulan suci ini. Segala fitnah berkaitan subsidi ke luar negara untuk menyokong pasukan kebangsaan adalah salah dan semua kos adalah atas biaya saya sendiri.

“Persepsi yang mengatakan saya melobi atau mendapatkan projek daripada FAM juga adalah salah kerana saya tiada apa-apa yang nak dikejarkan dalam FAM. Saya ada kerjaya sendiri dan Alhamdulillah saya cukup makan dengan cara ini.

“Tidak dinafikan, saya ada beberapa kali ke FAM bertemu presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin) dan Setiausaha Agung (Datuk Noor Azman Rahman) untuk membincang perihal penyokong ke Qatar bagi Piala Asia yang lepas,” katanya menerusi ciapan di laman media sosial.

Hamidin pada sidang media di Kongres FAM sebelum ini menjelaskan kunjungan Lekir dan beberapa ultras ke Wisma FAM adalah untuk memberikan idea atau pun pendapat mengenai Harimau Malaya.

Dalam masa sama, Lekir juga menjelaskan dia sedar jati diri sebenar dan akan terus mempertahankan perjuangannya terhadap bola sepak negara.

“Segala apa yang saya lakukan dalam perjalanan bola sepak ini, InsyaAllah saya masih tahu hukum dan falsafah bola sepak yang perlu saya jaga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI