fbpx

Kuasa adalah amanah bukan keistimewaan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada para pemimpin bahawa kuasa yang dimiliki adalah satu amanah dan bukan keistimewaan, malah ia perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat dengan melakukan usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada jalan yang betul, tepat dan sesuai.

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook PKR hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan PKR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI