fbpx

Empat lagi ditahan berkait lelaki Israel di Johor – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

PETALING JAYA – Empat lagi individu warga tempatan diberkas dipercayai berkait dengan penahanan lelaki Israel, Shalom Avitan ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 28 tahun hingga 41 tahun ditahan di Johor, semalam.

Katanya, dua lelaki dan dua wanita tersebut dipercayai dapat membantu kes yang disiasat.

“Kita ada tangkap empat lagi individu berkaitan kes tersebut.

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit.

Sehubungan itu, jumlah tangkapan menjadikan seramai tujuh individu ditahan setakat ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI