fbpx

BSN, KPM rai 100 anak-anak yatim berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sempena Majlis Berbuka Puasa BSN dengan kerjasama KPM di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) meraikan seramai 100 anak-anak yatim dari golongan asnaf di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dalam majlis berbuka puasa di sini, hari ini.

Mereka yang diraikan merupakan murid-murid dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Selangor, SK Putrajaya Presint 18 dan SK Putrajaya Presint 15.

Selain agihan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, BSN turut melancarkan simpanan terbaharu khas untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu BSN EduSave-i.

Menurut Jay Khairil, inisiatif itu juga membuktikan komitmen BSN dalam terus memperkasakan taraf ekonomi semua lapisan masyarakat.

“Untuk pengetahuan semua, BSN telah memperkenalkan BSN EduSave-i, satu produk simpanan khas untuk para pelajar bermula dari umur tujuh tahun hingga 18 tahun.

“BSN EduSave-i juga merupakan produk simpanan patuh syariah yang hanya memerlukan deposit simpanan permulaan berjumlah RM50 sahaja.

“Menerusi produk BSN EduSave-i ini, para pelajar yang menyimpan akan menikmati pelbagai manfaat, antaranya seperti kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa serta kemudahan kad debit untuk penyimpan berumur 13 tahun ke atas,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa Guru Insani KPM bersama Anak-Anak Yatim dengan kerjasama BSN hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI