fbpx

Lapan kes makan kupang beracun, dua kritikal di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Jabatan Kesihatan mengambil sampel di Kampung Telok dan Sungai Sekawang untuk mengambil sampel kupang dan kerang di Port Dickson semalam.

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, kejadian keracunan tersebut mula dikesan semalam apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson menerima notifikasi dari Hospital Port Dickson.

Menurutnya, sebanyak dua kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala lima kes dimasukkan ke wad biasa, dan satu kes dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati kesemua kes terdiri daripada beberapa buah keluarga yang berbeza dan mempunyai sejarah memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

“Kesemua kes mengalami gejala sakit kepala, kebas tangan dan kaki, serta lemah otot. Terdapat dua kes dimasukkan ke ICU kerana mengalami gejala yang lebih teruk iaitu paralisis,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Dr Harlina lagi, siasatan kejadian masih dijalankan oleh JKNNS bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan beberapa sampel diambil untuk analisa makmal.

Menurutnya, pemakluman kepada semua fasiliti kesihatan dibuat untuk mengenalpasti kes-kes yang mempunyai gejala yang sama dengan sejarah pengambilan kupang atau dwicengkerang yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI