fbpx

Mohamad Rafi dilantik Pengerusi Mara Corporation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rafi

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) melantik Mohamad Rafi Shahzada sebagai Pengerusi baharu subsidiari, MARA Corporation Sdn. Bhd. berkuat kuasa pada 27 Mac lalu.

Pelantikan Mohamad Rafi adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu itu adalah bagi memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan serta dipertingkatkan pada masa hadapan.

“Saya memberi harapan kepada beliau atas pengalamannya yang luas dalam dunia korporat bagi memastikan pemilikan, penyertaan dan penguasaan agenda Bumiputera dapat diperkasakan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada Hamad Kama atas perkhidmatan beliau bermula pada Julai 2023 sehingga Mac 2024 kerana banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada subsidiari Mara.

Mohamad Rafi, 57, memiliki kelayakan profesional perakaunan daripada London School Of Accounting & Emile Wolfe, United Kingdom.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Accounting and Finance daripada University of Wales pada tahun 1991.

Kemahiran dan kepakaran beliau mula berkembang dalam pelbagai perihal seperti perbankan, perakaunan, pengurusan syarikat, minyak dan gas petrokimia, insurans, audit, dan Hal Ehwal Kawal Selia Korporat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI