fbpx

KK Super Mart di Kuching dibaling bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Sebuah premis KK Super Mart di Kuching di sini dibaling dengan Molotov Cocktail (bom petrol).

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun, yang merupakan pekerja di kedai serbaneka berkenaan semalam.

“Pengadu melaporkan berlaku kebakaran kotak mengandungi minuman di kaki lima hadapan kedai serbaneka tersebut akibat dibaling menggunakan botol berisi minyak tanah dan kain berwarna kuning (Molotov Cocktail),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan suspek ker tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Justeru, Ahsmon memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan di luar batas undang-undang dalam perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI