fbpx

BMW bersaing di MotoGP 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZGATLIOGLU berjaya memacu jentera BMW menguasai saingan WSBK sekali gus meningkatkan keinginan mereka ke MotoGP. - AFP

LONDON – Syarikat pengeluar automotif terkemuka, BMW bersedia untuk membuat kemunculan dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) dengan garis masa yang ditetapkan seawal musim 2027 akan datang.

Ketua Motorrad BMW, Markus Flasch mengakui pintu pasukan itu untuk bersaing dalam saingan MotoGP masih terbuka dan buat masa ini pihak pengurusan sedang merisik keperluan yang ditetapkan oleh penganjur kejohanan, Dorna.

Menurut Flasch, prestasi positif yang telah ditampilkan oleh BMW dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dengan pelumba utama, Toprak Razgatlioglu meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Barcelona baru-baru ini telah menaikkan lagi semangat untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Saya rasa musim 2027 adalah tahun yang sempurna buat kami sekiranya mahu bersaing dalam arena MotoGP memandangkan ada peraturan baharu yang bakal diperkenalkan nanti.

“Malah, kami juga telah berhubung dengan Dorna ketika ini untuk mengenal pasti dengan lebih dekat peraturan-peraturan tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan jentera pasukan.

“Apa yang pasti, segalanya masih lagi dalam pertimbangan, tetapi apa yang boleh saya katakan, kita perlukan tiga tahun untuk buat persiapan dengan tahun 2027 dianggap realistik kerana kita juga tidak terlalu terdesak,” katanya.

Sebelum ini BMW dilaporkan telah dirisik untuk sertai MotoGP pada saingan beberapa musim lepas susulan keputusan syarikat pengeluar dari Jepun, Suzuki untuk menarik diri sepenuhnya daripada kejohanan motosikal paling berprestij itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI