fbpx

Anggota polis, tentera antara 940 suspek dicekup terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian barangan kemas yang dirampas semasa Ops Tapis Bersepadu pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Tiga penjawat awam terdiri daripada anggota polis, tentera dan pembantu kesihatan merupakan antara 940 individu yang dicekup dalam Ops Tapis Bersepadu di negeri ini.

Kesemua mereka diberkas dalam operasi yang dijalankan dalam tempoh 10 hari bermula 21 Mac lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selain itu, turut ditangkap dalam operasi sama adalah dua pelajar sekolah berusia 16 tahun.

Menurutnya, pelbagai jenis dadah seperti pil kuda, heroin, ganja, syabu, pil psikotropik, erimin 5, ubat batuk, air dan daun ketum bernilai RM763,429 turut dirampas.

“Kesemua bekalan dadah dan minuman yang memabukkan itu boleh digunakan seramai 55,465 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki memberitahu, daripada keseluruhan tangkapan, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana membawa 600 biji pil kuda di Kampung Aril Pauh Lima, Melor di sini pada 31 Mac lalu.

Beliau memberitahu, suspek ditahan pada pukul 4.10 petang semasa berada di tepi jalan di kampung tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI