fbpx
FARHANA menunjukkan sebahagian koleksi baju kurung terpakai dijualnya di Pasar Karat Kuala Terengganu kelmarin.

Baju kurung terpakai berharga RM10 laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jualan baju kurung terpakai serendah RM10 sepasang di Pasar Karat Kuala Terengganu di sini mendapat sambutan daripada orang ramai bagi digayakan di pagi 1 Syawal nanti.

Rata-rata mereka yang membelinya tidak kisah biarpun baju tersebut pernah digunakan oleh orang lain sebelum ini kerana boleh berjimat.

Tinjauan mendapati, baju kurung terpakai itu antara pakaian paling laris dijual di pasar ber­kenaan.

Seorang peniaga, Farhana Abdullah, 25, berkata, lebih 500 helai baju kurung terpakai koleksi­ terjual sejak awal minggu ini.

“Saya cuma orang tengah yang mengambil komisyen membantu menjual baju kurung terpakai milik kira-kira 15 wanita sekitar bandar raya ini.

“Baju kurung terpakai tersebut masih elok, hanya dipakai sekali dua dan kebanyakannya daripada jenama terkenal kelua­ran butik-butik ternama tempatan,” katanya di sini kelmarin.

Farhana berkata, baju kurung terpakai tersebut dijual pada harga antara RM10 hingga RM45 sehelai.

Beliau berkata, ramai pelanggan tidak kisah membeli baju kurung terpakai kerana dapat memperoleh pakaian raya yang masih berkualiti pada harga menjimatkan.

“Saya sebenarnya telah menjual baju kurung terpakai bermula secara dalam talian sejak empat tahun lalu.

“Tahun ini saya mula menjualnya secara fizikal di pasar karat atas permintaan pelanggan dan ternyata jualannya melonjak naik,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nabila Hamidi, 34, pula berkata, ramai pelanggannya memborong baju kurung terpakai tersebut bukan sahaja untuk diri sendiri malah anak gadis mereka.

“Saya mengambil inisiatif menyusun baju kurung terpakai jualan mengikut tona warna untuk memudahkan pelanggan memb

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN