fbpx

Perlis pulih daripada gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengemaskini amaran cuaca panas di negeri Perlis yang semakin pulih daripada amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 37 darjah Celsius hingga Isnin ini.

Menurut MetMalaysia, jangkaan cuaca panas dan kering pada tahap satu dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius di kebanyakan negeri Semenanjung melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.

“Selain itu, cuaca panas dan kering dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius ini juga diramalkan di Kelantan (Jeli), Selangor (Sepang), dan Melaka (Alor gajah dan Jasin).

“Dalam pada itu, daerah Keningau, Sabah dan Mukah, Sarawak juga diramal menghadapi cuaca yang sama selama tiga hari berturut-turut hingga Isnin ini,” ujarnya.

Katanya, hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang masih berpotensi berlaku di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung dan pedalaman Kelantan, Terengganu, dan Pahang, selain ribut petir pada sebelah petang juga diramalkan berlaku di bahagian selatan negeri Sarawak,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI