fbpx
Rutin penduduk Orang Asli di Kampung Mendrod, Pos Brooke, Gua Musang terjejas akibat cuaca panas.

Orang Asli duduk rumah sebab tak tahan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Fenomena cuaca panas ketika ini memberi kesan kepada rutin harian penduduk Orang Asli di Pos Brooke, di sini apabila mereka terpaksa mengehadkan aktiviti di luar rumah dan tempoh masa bekerja.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Mendrod, Rama Ajom, 44, berkata, hasil tanaman mereka juga terkesan apabila pokok durian dan ubi kayu di sekitar rumah hampir mati.

“Taburan hujan sangat kurang dan suhu melebihi 30 darjah Celsius setiap hari sejak sebulan lalu. Daun pokok durian dan ubi kayu sudah bertukar kuning dan layu.

“Kami bimbang jika cuaca panas berpanjangan, sumber makanan sara diri yang kami tanam itu musnah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jaleh Itam, 34, pula berkata, kebanyakan penduduk tinggal dalam rumah pada waktu tengah hari kerana tidak tahan dengan cuaca panas ketika ini.

“Hujan jarang turun ketika ini. Kami terpaksa pergi ke Sungai Mendrod dan Sungai Senyul untuk mandi selain menyejukkan badan.

“Anak-anak juga kerap demam dan muntah ketika musim cuaca panas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN