fbpx

Dunia bazir 1.05 bilion tan makanan, 783 juta orang kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKARELAWAN GEMA mengasing-asingkan makanan yang tidak terjual dari bazar Ramadan sebelum mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan di kejiranan Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu. -- AFP

NAIROBI, Kenya – Penduduk dunia membazirkan kira-kira 19 peratus daripada keseluruhan makanan pada 2022 atau bersamaan 1.05 bilion tan metrik, demikian menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti paparan akhbar The Mainichi semalam.

Laporan dinamakan Indeks Pembaziran Makanan itu adalah anjuran bersama Program Alam Sekitar PBB (UNEP) dan Program Sumber Tindakan Pembaziran (WRAP) yang merupakan sebuah badan amal antarabangsa.

Ia diterbitkan bagi menilai kemajuan negara-negara di dunia dalam mengurangkan sisa makanan menjelang 2030.

UNEP menyatakan, bilangan negara yang melaporkan tentang pembaziran makanan meningkat hampir dua kali ganda berbanding laporan pertama pada 2021.

Sebanyak 17 peratus daripada makanan yang dikeluarkan di seluruh dunia pada 2019 atau bersamaan 1.03 bilion tan telah dibazirkan, demikian menurut laporan UNEP pada 2021.

UNEP dan WRAP menganalisis data negara-negara di dunia termasuk isi rumah, perkhidmatan makanan dan peruncitan.

Mereka mendapati bahawa setiap orang membazir kira-kira 79 kilogram makanan setahun, bersamaan sekurang-kurangnya 1 bilion hidangan yang dibazirkan di seluruh dunia pada setiap hari.

Menurut laporan sama, kebanyakan pembaziran yang berlaku berpunca daripada isi rumah yang menyumbang sebanyak 60 peratus pembaziran makanan global.

Kira-kira 28 peratus pembaziran berpunca daripadas perkhidmatan makanan atau restoran dan sekitar 12 peratus lagi disumbang oleh peruncit.

“Ini tidak munasabah dan ini juga masalah yang rumit. Namun, melalui kerjasama dan tindakan sistemik, saya percaya masalah ini boleh ditangani,” kata pengarang bersama laporan itu, Clementine O’Connor.

Menurutnya, laporan pembaziran itu diterbitkan ketika 783 juta orang menghadapi kelaparan kronik dan banyak tempat di dunia berdepan krisis makanan yang semakin buruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI