fbpx

Rusdi dilantik Ketua Polis KL baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin menyaksikan upacara penyerahan tongkat kuasa Allaudeen (kiri), kepada Rusdi (kanan)hari ini. Foto: KOSMO! / SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang akan bersara pada 1 April ini.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala diadakan hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Perjalanan saya 38 tahun sembilan bulan berakhir 31 Mac ini dan akan bersara wajib pada 1 April. Rakan-rakan seperjuangan yang bersama saya selama ini adalah keluarga besar saya. Persaudaran dan persahabatan ini akan terus kekal kerana pasukan ini telah menjadi darah daging saya.

“Kepada yang masih berkhidmat, teruskanlah perjuangan ini. Jagalah integriti dan nama baik pasukan agar Sang Saka Biru ini terus berkibar megah. Elakkanlah diri dari terjerumus kedalam apa-apa perkara negatif,” katanya ketika berucap, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Allaudeen dan Razarudin sempat mengucapkan tahniah kepada Rusdi yang diangkat menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur baharu.

Pada masa sama, Razarudin mewakili pasukannya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Allaudeen atas jasa baktinya yang berkhidmat hampir empat dekad dan Datin Dr. Kamariah Omar, isteri kepada Allaudeen.

“Saya turut mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd Isa atas kenaikan pangkat dan seterusnya menerajui Kontinjen ini sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

“Sesungguhnya, penilaian telah dibuat secara teliti dengan mengambil kira kredibiliti serta kewibawaan kepimpinan ditunjukkan oleh beliau sepanjang berkhidmat,” jelasnya.

Razarudin yakin pemilihan ini adalah tepat untuk menggendong cabaran serta tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau

“Saya yakin Datuk Rusdi telah bersedia dengan agenda urus tadbir dan tata kelola terbaik bagi meneruskan momentum kecemerlangan Kontinjen Kuala Lumpur,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI