fbpx

Pintas Utama tunai zakat perniagaan RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin menerima serahan zakat perniagaan daripada Zainudin.

SHAH ALAM – Syarikat kejuruteraan awam milik Bumiputera, Pintas Utama menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

Penyerahan zakat itu disempurnakan di Masjid Kota Kemuning di sini, yang turut diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan berkata, kestabilan ekonomi negara memberi peluang kepada syarikat korporat terus melaksanakan tanggungjawab rukun islam yang keempat itu.

“Ia membolehkan masyarakat menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi umat islam. Usaha murni Pintas Utama dilaksanakan dengan program kebajikan di bawah entiti Yayasan Pintas Utama termasuk menyantuni 18 buah rumah anak-anak asnaf terpilih,” katanya.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan mewakili LZS bagi menerima serahan zakat dan turut berbuka puasa bersama rakyat serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI