fbpx

Pertahan tradisi ilmu, akliah Universiti Al-Azhar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tengah) dan Ragai Tawfik Said Nasr (tiga dari kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Perdana Tokoh Alumni Al-Azhar Malaysia, Mahamud (tiga dari kiri), Sheikh Ghazali (dua dari kiri) dan Datin Aminah Zakaria (dua dari kanan), pada Majlis Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia, di Universiti Malaya, hari ini. - Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak mempertahankan tradisi ilmu dan akliah yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar di Mesir.

Beliau berkata, perkara itu antara lain memungkinkan timbulnya kesedaran meluas umat Islam termasuk di rantau Asia Tenggara.

“Sejarah kita ini, sejarah Islam mutakhir tidak terpisah daripada sejarah perubahan dan islah yang dibawa Al-Azhar sama ada sama ada Muhammad Rasyid Ali Ridha, Muhammad Abduh dan Sheikh Mahmud Shaltut (ilmuan Islam).

“Ini sebati dengan seluruh garis perjuangan dan kesedaran umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia,” katanya menerusi rakaman perutusan sempena sambutan Hari Al-Azhar Sedunia 2024 di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya di sini hari ini.

Mengenai sambutan Hari Al-Azhar Sedunia, Anwar berkata, kesedaran rantaian hubungan akrab antara Universiti Al-Azhar merupakan satu hadiah besar dinikmati negara ini.

“Saya sendiri bersyukur disambut baik Syeikh Al-Azhar, al-Imam al-Akbar Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb dan beliau menerima undangan untuk datang ke Malaysia.

“Saya percaya kita akan manfaatkan bukan sahaja dapat berkumpul bersama alumni Al-Azhar, tapi kita akan manfaatkan waktu ini merencanakan program yang boleh dimanfaatkan umat Islam di Malaysia keseluruhannya.

“Saya percaya rakan alumni Al-Azhar akan mempunyai peranan penting dalam mengatur dan menyusun program yang akan dapat beri manfaat kepada rakyat dan umat keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu pada majlis hari ini, tiga individu menerima Anugerah Perdana Tokoh Alumni Al-Azhar Malaysia iaitu Datuk Mahamud Abdul, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Datin Aminah Zakaria.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dan disaksikan oleh Duta Besar Repulik Arab Mesir di Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI