fbpx

Pasar raya premium Mercato penyewa utama Sunway d’Hill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sau Min (tiga dari kiri) bersama Timbalan Pengerusi Macrovalue Sdn. Bhd., Datuk Andrew Lim Tatt Keong berjabat tangan pada majlis pemeteraian perjanjian.

PETALING JAYA – Pemaju komuniti, Sunway Property mengumumkan anak syarikatnya, Sunway PKNS Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian pajakan dengan GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bakal menyaksikan pembukaan pasar raya Mercato di Sunway d’Hill, Kota Damansara.

Pasar raya premium berkeluasan 20,409 kaki persegi itu merentasi 11 daripada 29 lot runcit yang terdapat dalam pembangunan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Property, Chong Sau Min berkata, GCH Retail secara konsisten menunjukkan kebolehan untuk mengenal pasti lokasi strategik untuk memacu pengembangannya.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Mercato di Sunway d’Hill, sebagai bukti rekod prestasi Sunway Property yang terbukti dalam memupuk komuniti pertumbuhan tinggi.

“Perkongsian baharu akan menjadi satu kemenangan buat Mercato dan Sunway d’Hill, kerana ia akan meningkatkan lagi daya tarikan Sunway d’Hill dalam kalangan pembeli rumah.

“Ini juga masa yang sesuai kerana kempen jualan tahunan Signature Series kami baru sahaja bermula, dan pembeli akan dapat menikmati tawaran menarik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sunway d’Hill ialah pembangunan bercampur yang terletak di atas tanah pegangan pajak seluas 6.46 ekar di perbandaran matang Kota Damansara, bersebelahan dengan Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.

Terdiri daripada 976 unit pangsapuri di dua menara, ia mempunyai empat susun atur, daripada unit dua bilik tidur hingga empat bilik tidur, dengan semua unit dilengkapi halaman sendiri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI