fbpx

Wanita maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Saga dipandu mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 29 Jalan Jerantut - Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 29 Jalan Jerantut-Temerloh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun dalam perjalanan dari arah Jerantut menuju ke Temerloh.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah lori dipandu oleh seorang lelaki di arah bertentangan hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan kereta jenis Proton Saga dinaiki mangsa.

“Akibat kejadian pemandu kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI