fbpx

Guru ‘sound’ kaum ibu tanya kerja sekolah di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang guru meluahkan masih terdapat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga dia sendiri perlu mengingatkan supaya menyiapkan kerja rumah di kumpulan WhatsApp kelas.

Melalui hantaran di laman Facebook ibangi.my, guru berkenaan menyatakan dia terpaksa menegur ibu-ibu yang tidak memastikan anak-anak mereka membuat kerja sekolah.

“Memang jadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?

“Siapa yang datang ke sekolah sebenarnya? Adakah murid-murid tiada di dalam kelas sewaktu pelajaran berlangsung? Bukan darjah satu tetapi darjah empat,” tanya guru tersebut.

Menurut guru itu, kumpulan WhatsApp diwujudkan untuk menyampaikan hal penting berkaitan sekolah dan bukan tempat bertanyakan kerja sekolah.

Gambar hantaran menunjukkan seorang guru menghantar mesej teguran kepada kaum ibu

Rata-rata netizen setuju dengan tindakan guru tersebut.

“Bukan setakat sekolah rendah, sekolah menengah pun ada mak ayah yang sibuk hal kelas, bukan semua benda remeh boleh ditanya, buat cikgu sakit kepala saja,” komen Arjunawati.

“Mak bapa zaman sekarang terlalu manja, sikit-sikit nak mengadu,” komen Maza.

“Wujudnya Whatsapp dan internet ini menjadikan anak-anak zaman sekarang sangat spoon feeding, sebelum ini hanya telepon rumah saja yang ada. Apa-apa penyampaian melalui anak atau surat, jadinya budak dulu lebih peka dan fokus,” komen Lilie Zamri.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat 523 tanda suka, 172 komen dan 87 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI