fbpx

Mekanik pecahkan cermin MPV ADUN Indera Kayangan direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cermin hadapan MPV milik Ay Ling yang pecah selepas dilempar bata di rumahnya di Kangar, semalam.

KANGAR – Seorang mekanik yang disyaki melempar bata pada cermin hadapan kenderaan milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling sehingga pecah direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurshahida Abdul Rahim di Kompleks Mahkamah Kangar pada pagi tadi.

“Mahkamah mengeluarkan perintah reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga Jumaat dan lelaki itu akan ditahan di lokap Balai Polis Kangar.

“Pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan siasatan awal mendapati suspek gemar mengganggu pengadu menerusi pangggilan telefon serta aplikasi WhatsApp,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mekanik motosikal berusia 36 tahun yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan di sebuah bengkel di pusat bandar Kangar kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina milik Ay Ling pecah selepas dipercayai dibaling bata oleh individu tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI