fbpx
RAMAI pasangan yang belum mempunyai cahaya mata sanggup menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan anak angkat. - GAMBAR HIASAN

Anak angkat tak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Permintaan anak angkat di negara ini tinggi apabila amalan itu semakin popular dalam kalangan masyarakat terutama pasangan belum mendapat zuriat sehingga ada yang sanggup menunggu bertahun-tahun bagi tujuan itu.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih 600 pasangan mahu mengambil anak pelihara dalam tempoh tiga tahun dari 2021 sehingga 2023, namun hanya 53 kanak-kanak yang dapat disediakan kepada mereka.

Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak JKM, Dr. So­pian Brahim berkata, sebelum memasuki fasa pengambilan anak angkat yang perlu didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon perlu membuat permohonan anak pelihara di bawah jabatannya.

Menurutnya, terdapat dua cara bagi mendapatkan anak ang­kat iaitu secara terus daripada ibu bapa kandung kanak-kanak itu dan kemudian perlu melalui permohonan di mahkamah se­syen atau mahkamah tinggi sebelum didaftarkan di JPN.

“Kedua permohonan melalui JKM, namun kita kategorikan situasi itu sebagai anak pelihara dan tempoh sah peliharaan adalah selama dua tahun sebelum ini dibawa ke peringkat pendaftaran kepada anak angkat seperti situa­si yang pertama tadi.

“Jadinya, apabila sudah sampai tempoh matang dua tahun, dan pihak keluarga pelihara lulus semua prosedur yang ditetapkan JKM, maka permohonan kepada anak angkat itu boleh dilakukan.

“Maknanya penjagaan selama dua tahun ini berjalan dengan baik, anak pelihara juga diberi tempat tinggal selesa, cukup makan minum, tiada berlaku penganiayaan atau penderaan,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, menjadi satu kekangan ketika ini apabila jumlah permintaan anak pelihara jauh lebih tinggi berbanding jumlah kanak-kanak yang dimiliki pihaknya.

“Bagi permohonan anak pelihara, JKM telah menerima dan mempertimbangkan seramai 684 keluarga yang bersedia untuk mengambil anak pelihara bagi tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2023.

“Daripada jumlah itu, pecahan kepada 45 individu melibatkan orang bujang, duda, janda dan balu yang memohon dan selebihnya pasangan berkahwin. Setiap tahun jumlah permohonan meningkat antara 1 hingga 10 peratus.

“Namun jumlah kanak-kanak yang ditawarkan sebagai anak pelihara tidak dapat menampung kesemua permintaan.

“Ini kerana berdasarkan rekod JKM, statistik kanak-kanak yang ditawarkan sebagai anak pelihara dalam tiga tahun itu hanya 53 orang, namun daripada jumlah itu, hanya 20 kanak-kanak dapat diberikan kepada keluarga yang benar-benar layak,” jelasnya.

Tambah Sopian, setiap keluarga pelihara akan diberi tempoh selama dua bulan untuk membina keserasian bersama anak pelihara dan dalam tempoh itu, mereka boleh menyerahkan semula kanak-kanak terbabit kepada JKM jika tiada kesefahaman.

“JKM akan beri dua bulan proses bonding, sebab kebanyakan yang mohon anak pelihara ini tidak ada pengalaman jadi ibu bapa, jadinya mereka diberi masa untuk belajar sesuaikan diri dengan kanak-kanak tersebut.

“Berbalik kepada 20 kanak-kanak yang diterima oleh keluarga pelihara sepanjang tiga tahun lalu, ada lima kes yang dipulangkan semula atas faktor masalah kesihatan, tidak serasi, tak boleh suaikan diri dan kurang mahir mengendalikan anak jagaan berkenaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN