fbpx

Lelaki pakai niqab masuk masjid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki menyamar sebagai seorang wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab ditahan pihak masjid. – KOLASE SURYA.CO.ID

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab, lapor laman berita Tribun Jabar semalam.

Kejadian berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, Bandar Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan, petang semalam. 

Lelaki tersebut dilaporkan memasuki masjid sebelum ditahan dan disoal siasat oleh pihak masjid berkenaan. 

Ketua Polis Manggala, Komisioner Polis Syamsuardi berkata: “Lelaki itu telah ditangkap. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi di sebuah masjid.”

Identiti pelaku masih belum diketahui, manakala dia telah dijamin di Ibu Pejabat Polis Manggala.

“Kami telah menahannya di balai polis untuk mengawal perkara yang tidak diingini. Polis masih menyiasat mengenai kebarangkalian wujudnya unsur jenayah,” kata  Syamsuardi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI