fbpx

KPM ambil tindakan kes seksual libatkan guru, murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dakwaan seorang guru menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar.

PUTRAJAYA- Kes salah laku seksual melibatkan guru dan murid yang berlaku di sebuah sekolah di Sepang kini dalam perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) selain tindakan turut diambil mengikut garis panduan sedia ada.

KPM berkata, pihaknya begitu memandang serius kes salah laku seksual itu seperti dilaporkan media hari ini.

“KPM juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KPM berkata, semua pihak diseru untuk melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

“Institusi pendidikan bawah KPM diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI