fbpx

[VIDEO] Solat tarawih kecoh angkara lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar reaksi spontan jemaah solat tarawih yang terkejut dengan kehadiran seekor lipas.

PETALING JAYA – Tular di laman TikTok video mengenai sekumpulan pelajar tahfiz lelaki bertempiaran lari kerana cemas dengan kehadiran seekor lipas.

Menerusi perkongsian video @ MaahadTahfizAn-NabawiShahAlam di laman TikTok itu, kehadiran serangga berkenaan mula disedari oleh imam pada malam itu sebelum meminta kawannya menghalau lipas tersebut.

Sementara itu, apa yang menarik perhatian ialah, telatah selamba pelajar-pelajar lain yang kelihatan agak cemas dan geli dengan kehadiran serangga tersebut.

“Karenah solat tarawih, dengan berlatar belakangkan lagu ‘aku pasrahkan diriku sepenuhnya saat ini’, semakin bertambah geli di hati pengguna yang lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan reaksi spontan pelajar tahfiz yang berusaha menghalang lipas daripada sampai kepada mereka.

“Nasib baik sempat bagi salam, bayangkan lipas muncul masa tengah-tengah solat. Menggelupur imam dengan jemaahnya sekali,” komen ysrjmldyn.

“Maaf akak ulang banyak kali dan setiap kali ulang mesti gelak. Sampai berair mata akak. Comel je memasing tapi paling win (terkejut) tok imam dah hilang dari radar,” komen Salwaa Ahmad

“Kalau dengan lipas ni, ko pegang kitab tasawuf pun, belum tentu boleh sabar,” komen seorang pengguna yang lain. -KOSMO! ONLINE

@matanshahalam Karenah solat terawih 😆 #fypシ #fyppp #meme #ramadh#RamadhanKareem #matansa ♬ Aku Pasrahkan Diriku Sepenuhnya Saat Ini – Embun Senja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI