fbpx

Jangan takut, kamu tidak keseorangan – Ibu Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Aliff Aziz, Hafiza percaya bahawa anaknya itu berada di pihak yang benar berhubung ke tangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Jangan takut, kamu tak pernah keseorangan.”

Demikian perkongsian ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil sebagai tanda sokongan terhadap anak sulungnya yang berdepan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies baru-baru ini.

Siti Hafiza berkata, dia akan sentiasa berada di belakang Aliff dalam apa jua keadaan.

“Allah sentiasa ada dengan kamu dan kami juga berada di belakangmu walau apa pun yang berlaku,” ujarnya.

Kata-kata semangat itu dimuat naik bersama klip video persembahan anak perempuannya, Aisyah Aziz di sebuah acara dalam Instagramnya.

Menurut wanita terbabit, lagu berjudul Kepadamu Kekasih nyanyian asal Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan itu sememangnya dikhaskan untuk Aliff.

“Masya-Allah tabarakallah alhamdulillah hidup, mati, rezeki kita semua Allah yang tentukan bukan manusia.

“Inilah peringatan yang selalu anakanda kami, Aisyah pesan pada kami. Masya-Allah, yang penting ikhlas dan niat kerana Allah,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, Hafiza turut percaya segala perkara yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.

“Allah sayang abang dan Allah maha baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang. Kamu tak sempurna begitu juga orang lain.

“Semoga Allah permudahkan perjalananmu dan memberikan ketenangan di dalam hati. Kami sayang kamu kerana Allah,” katanya.

Menerusi tanda pagar yang disertakan, ibu kepada tiga cahaya mata itu menulis ayat ‘andai orang tahu apa yang kami tahu’, sekali gus mencetuskan tanda tanya.

Sejak Aliff terjebak dalam kes khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu, Hafiza banyak berkongsi kata-kata hikmah mengenai kehidupan.

Kemelut membabitkan Aliff yang sebelum ini kerap terpalit kontroversi semakin hangat apabila isterinya, Bella Astillah pula memfailkan permohonan cerai dua hari selepas tangkapan terhadap suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI