fbpx

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat Bazar Ramadan di Arena Square Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar, di sini, untuk bersama-sama rakyat membeli juadah berbuka puasa.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat sama ke bazar tersebut yang sedang dipenuhi kira-kira lebih 500 orang.

Baginda dan Tuanku Zara tiba di bazar tersebut pada pukul 4.58 petang dan disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Muhammad Nazri Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr. Sakduddin Zamli serta orang ramai yang berada di situ.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara juga tidak ketinggalan membeli beberapa aneka makanan yang dijual. Kedua-dua mereka menghabiskan masa kira-kira hampir 30 minit di bazar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI