fbpx

Tengku Hassanal tunjuk bakat menembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Tengku Hassanal melakukan aksi tembakan.

PETALING JAYA – Kemahiran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melepaskan tembakan sewaktu latihan menembak mengagumkan ramai orang.

Menerusi video yang dikongsi oleh Tengku Hassanal FC di laman Facebook, Tengku Mahkota Pahang itu berjaya menembak tepat ke semua 20  sasaran.

Sebelum beraksi, Tengku Hassanal kelihatan berborak santai tentang keindahan di hutan lalu dikejutkan dengan panggilan arahan untuk menembak.

Ketangkasan Tengku Hassanal dalam aktiviti menembak juga diakui oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail yang mengingatkannya kepada filem-filem barat yang mengisahkan tentang kehebatan penembak tepat atau sniper.

Terdahulu, Tengku Hassanal menghadiri Kursus Asas Sniper selama empat minggu pada 15 Mac hingga 7 April bertempat di Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat, Kem Sungai Udang, Melaka.

Pada ruang komen, semua pengguna media sosial kagum dan puji kehebatan Tengku Hassanal dalam menembak.

“Terbaik dan pantas, tahniah Tengku,” kata Azizah

“Alhamdulillah terbaik Tengku Mahkota Pahang menembak yang terbaik tepat pada sasaran,” kata Mawar

“Syabas Tengku, sangat berkaliber hampir pada motto ATM satu peluru satu musuh,” kata Rafeei.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 160,000 tontonan, 3,700 tanda suka dan 87 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI