fbpx

Model sambilan berdepan hukuman mati bunuh kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tamilselvi ketika hadir di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA LANGAT – Seorang model sambilan berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, atas tuduhan membunuh kekasihnya sendiri, minggu lalu.

Tertuduh, A. Tamilselvi, 26, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan sugul.

Mengikut pertuduhan, bekas pelajar perubatan itu didakwa membunuh V. Gawsigan, 26, di sebuah rumah di Telok Panglima Garang di sini, kira-kira pukul 5.30 pagi, 11 Mac lalu.

Tamilselvi dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khadijah Amir Hamdzah memohon tarikh sebutan bagi penyediaan laporan toksikologi, bedah siasat, perubatan dan kimia.

Tertuduh yang diwakili peguam Ethan Tan memohon supaya anak guamnya dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan mental kerana menghadapi masalah bipolar.

“Selain itu, anak guam mempunyai masalah jantung dan memerlukan bantuan bateri untuk denyutan jantung. Saya memohon dia dirujuk ke hospital mental bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Maslinda bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta pihak pembelaan menyediakan laporan perubatan tertuduh terlebih dahulu dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 April depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI