fbpx

Kedai Pakistan jual produk al-Quran tanpa perakuan, barang RM64,702 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUAT KUASA KDN Melaka merampas bingkai-bingkai mengandungi ayat al-Quean dalam serbuan Op Mulia, semalam.

MELAKA – Pelbagai barangan berkaitan al-Quran bernilai RM64,702 dirampas dalam serbuan bersepadu Op Mulia di dua buah premis dipercayai dikendalikan warga Pakistan di sini, semalam.

Serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka bersama-sama Bahagian Penyelidikan serta penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Menerusi hantaran Facebook rasmi, JAIM memaklumkan, hasil pemeriksaan di premis mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan oleh peniaga di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ).

“Hasil pemeriksaan teks al-Quran dan bahan-bahan berkaitan al-Quran mendapati premis itu telah melanggar Seksyen 14(1) APTQ (Pindaan 2023).

“Antara rampasan dibuat termasuklah bingkai-bingkai kaligrafi, rantai kunci, cakera digital bacaan ayat al-Quran serta jam dinding yang kesemuanya bernilai RM64,702,” tulisnya.

Tambahnya, ketika serbuan dilakukan, kesemua barangan tersebut diletakkan di rak jualan di premis.

Katanya, antara kesalahan lain dilakukan adalah di bawah Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan serta perhiasan yang mengandungi ayat suci Al-Quran.

“Mana-mana penjualan dan pengedaran mashaf al-Quran perlu mendapat perakuan daripada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ),” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI