fbpx

Pekerja kontrak didakwa lakukan amang seksual terhadap anak yatim piatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nalenthiran (tengah) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dua minggu lalu.

TELUK INTAN – Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, V. K. Nalenthiran berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah menyentuh mangsa yang juga anak yatim piatu itu bagi maksud seksual di sebuah rumah  di Teluk Intan pada pukul 11.30 pagi, 10 Mac 2024.

Pertuduhan terhadap bapa kepada seorang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Rishan Kumar manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Kumaresen.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mendekati dan mengganggu mangsa.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat sekali pada setiap bulan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI