fbpx

Padah curi telefon bimbit, lelaki dikepung orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki dikerumuni orang ramai disyaki curi telefon bimbit, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kejadian seorang lelaki yang dikepung orang ramai berhubung kes curi di pekan Sungai Besi, di sini sehingga kejadian itu tular dalam media sosial  kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.45 malam ketika suspek datang ke kedai runcit berkenaan kononnya untuk membeli barang.

“Semasa pekerja kedai mahu mendapatkan barang yang diminta, suspek bertindak melarikan telefon bimbit mangsa yang sedang dicas di atas meja.

“Suspek bagaimanapun terjatuh dalam cubaan melarikan diri sebelum ditahan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lelaki asing itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek berusia 39 tahun itu ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dikerumuni orang ramai selepas dipercayai mencuri telefon bimbit dalam kejadian di depan sebuah kedai di sini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI