fbpx

Bekalan air Melaka mencukupi sehingga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMEED menunjukkan rumah pam sementara yang mengepam air dari Tasik Ayer Keroh berjumlah 15 juta liter sehari di Kelab Golf Ayer Keroh & Country (AKCC), Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Bekalan air di Melaka masih terkawal dan mencukupi untuk kegunaan penduduk negeri ini sehingga Jun, walaupun cuaca panas akibat fenomena El-Nino melanda negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, setakat ini tiada isu berkaitan bekalan kerana paras air di tiga empangan utama adalah mencukupi.

Tiga empangan tersebut adalah di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah serta Empangan Jus dan Empangan Asahan di Jasin masih normal.

“Paras air di Durian Tunggal ketika ini adalah sebanyak 80 peratus, Empangan Jus pula mencapai 95.7 peratus dan Empangan Asahan pula di paras 95.5 peratus.

“Saya yakin jika berlaku musim panas berpanjangan, tiga empangan ini masih mampu bertahan sehingga Jun jika tidak ada hujan langsung,”katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Pam Sementara Kolam Alternatif Tasik Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Hameed Mytheen, pihaknya juga yakin tiada catuan bekalan air akan dilaksanakan susulan fenomena itu.

“Insya-Allah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, bekalan air adalah mencukupi. Cuma saya minta seluruh rakyat di Melaka berjimat-cermat dalam penggunaan air,” ujarnya.

Dalam pada itu mengulas lanjut mengenai penyusutan paras air di Tasik Ayer Keroh beliau memberitau, ia berpunca daripada kerja-kerja pengepaman air mentah dijalankan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI