fbpx

Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. - Foto FACEBOOK

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024.

Difahamkan, Anwar merupakan pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo selepas pengumuman keputusan rasmi Pemilu, malam tadi.

“Ini cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga yang dekat dan penting.

“Selamat maju jaya dan saya menyatakan keyakinan bahawa Bapak Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan yang berterusan dan kemakmuran negara Indonesia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau dan Prabowo bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutamanya dalam ruang lingkup ASEAN.

Semalam, Prabowo dan Gibran Rakabuming Raka diumumkan secara rasmi sebagai pemenang Pemilihan Presiden dan Naib Presiden Indonesia 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI