DARI kejauhan, kelihatan sekumpulan haiwan berleher panjang, berkepala lonjong dan berkaki ramping sedang berdiri secara rapat dalam sebuah kandang. Haiwan-haiwan itu berdiri dekat dengan kipas besar yang sedang berpusing. Sekali lihat, rupanya seperti unta versi kecil tanpa bonggol di belakang dan memiliki bulu seperti biri-biri. Haiwan yang dipanggil alpaka itu juga memiliki mata galak seakan-akan memakai celak. Bukan mudah untuk melihat haiwan daripada spesies unta tersebut di kawasan tanah rendah kerana ia lebih sesuai dengan cuaca sejuk. Namun, orang ramai……