fbpx

Lebih 98,000 peluang pekerjaan baharu melalui FDI untuk 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 898 projek Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diluluskan bagi tempoh 2022 hingga 2023 mewujudkan 98,725 peluang pekerjaan baharu di mana 86,880 daripadanya adalah untuk rakyat tempatan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, pekerjaan terebut merangkumi sektor perkilangan dan perkhidmatan terpilih.

Menurutnya, pecahan peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan untuk sektor perkilangan adalah sebanyak 78,033 membabitkan industri elektrikal dan elektronik (40,618) dan produk mineral bukan logam (6,746).

Selain itu, katanya, bagi jentera dan kelengkapan meliputi 5,555 peluang pekerjaan, peralatan pengukuran dan saintifik (3,791), serta kimia dan produk kimia (3,684).

“Bagi sektor perkhidmatan, sebanyak 8,847 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan melibatkan tiga sektor utama.

“Ia terdiri daripada sektor perkhidmatan sokongan dengan 5,124 peluang pekerjaan, perkhidmatan kesihatan (1,407) dan maklumat dan komunikasi (1,022),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Soon berhubung jumlah pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan daripada kemasukan FDI untuk 2024.

Bagaimanapun, tambahnya, secara lazim, projek pelaburan FDI mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI