fbpx

6.03 juta rakyat Malaysia sudah daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status pengemaskinian semasa Padu yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 6.03 juta rakyat Malaysia berjaya mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) setakat 19 Mac.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Padu, jumlah pengemaskinian terbaharu mencatatkan peningkatan sebanyak satu juta berbanding 5.02 juta yang direkodkan lima hari lalu.

“Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem Padu.

“Sehingga 19 Mac 2024 pukul 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 6.03 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem padu berdasarkan sumber data pentadbiran,” katanya.

Sementara itu, negeri Selangor, Johor dan Sarawak kekal menduduki tiga carta teratas kemas kini maklumat Padu dengan masing-masing merekodkan jumlah seramai 5.86 juta individu, (3.76 juta) dan (2.61 juta).

Dalam pada itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pasukan Padu akan menggunakan data yang telah dikemaskini dan data yang sedia ada (data pentadbiran) bagi analisis untuk kegunaan kerajaan.

“Sehubungan itu, kerjasama semua adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat dalam sistem Padu sebelum 31 Mac 2024 untuk memastikan maklumat anda yang tepat diambilkira dalam analisis kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI