fbpx

Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Keong (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen, Julai tahun lalu.

Hakim Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Kok Keong,46, selepas meneliti kertas pertuduhan serta fakta kes yang dihadapi tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyimpan empat ekor ular jenis Ball Python (Python Regius) iaitu sejenis hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen daripada Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan).

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimpan 193 ekor ular jenis sama manakala bagi pertuduhan ketiga dia didakwa menyimpan seekor kura-kura jenis Leopard Tortoise.

Mengikut pertuduhan keempat hingga keenam, bapa dua anak itu didakwa menyimpan dua ekor kura-kura jenis Yellow Footed Tortoise, kura-kura jenis India Star Tortoise dan dua ekor kura-kura jenis Sulcata Tortoise.

Pertuduhan ketujuh pula, dia juga didakwa menyimpan dua ekor iguana hijau tanpa lesen yang sah.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kenderaan termasuk dua rumah beralamat di Butterworth, dekat sini antara 16 dan 17 Julai 2023.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Nazaruddin Kamaruddin dan Nadzatul Nattassha Mustapa Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Foong Choon Kit.

Semasa prosiding, Choon Kit merayu hukuman denda minima dikenakan terhadap anak guamnya kerana tertuduh perlu menyara isteri dan dua anak lelaki yang masih bersekolah termasuk ibu bapanya yang uzur.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran serta pendedahan kepada masyarakat bahawa hidupan liar perlu dilindungi memandangkan ia adalah khazanah alam.

Hakim kemudian menetapkan denda RM70,000 terhadap kesemua pertuduhan dan sekiranya gagal bayar, tertuduh akan dipenjara selama 30 bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI