fbpx

Pembantu tadbir MPK didakwa terima rasuah ansuran bulanan Honda Stream

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusliza (tengah) menghadapi enam pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pembantu Tadbir Kanan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan menerima sogokan berjumlah RM65,148 daripada syarikat pembekalan selama lima tahun sejak 2017.

Tertuduh, Yusliza Othman@Yusof, 51, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Tertuduh didakwa menerima suapan berupa bayaran ansuran sewa beli kenderaan pelbagai guna jenis Honda Stream sebanyak RM1,068 sebulan daripada syarikat pembekalan terbabit.

Pemberian rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk memudahkan syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja pembekalan dengan MPK.

Perbuatan itu didakwa didakwa dilakukan sejak tahun 2017 sehingga 2022.

Yusliza didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum
lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar manakala tertuduh pula diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI