fbpx

MotoGP: Yamaha terus bergelut cari prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengakui jentera Yamaha mempunyai peningkatan, namun belum memadai untuk menandingi pencabar yang lain. - AFP

PORTIMAO – Juara dunia MotoGP edisi 2021, Fabio Quartararo percaya pasukan Yamaha kini berada di tahap terburuk dan semakin jauh ketinggalan daripada aspek prestasi di atas litar berbanding pencabar utama pada saingan musim ini.

Sebagai rekod, Quartararo memulakan saingan Grand Prix (GP) Qatar pada awal bulan ini dengan langkah kiri apabila hanya mampu menduduki tangga ke-11, manakala rakan sepasukan, Alex Rins mengakhiri saingan di tempat ke-16.

Menurut Quartararo, apa yang berlaku sangat menyedihkan kerana ia adalah pengalaman terburuk sejak mewakili pasukan Yamaha dengan pasukan pencabar terutama Ducati begitu konsisten ketika ini.

“Berdasarkan perbandingan yang kita boleh buat pada perlumbaan lepas, saya rasa kita sudah ketinggalan jauh berbanding pesaing. Namun, dalam masa yang sama saya boleh katakan pasukan sudah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding musim lepas.

“Cuma inilah kenyataan yang perlu kita lihat kerana apabila kita sudah memperbaiki kelemahan, pasukan pesaing juga tidak duduk diam dan kita bukan ketinggalan kepada pasukan Eropah sahaja, malah Honda juga lebih baik ketika ini,” katanya.

Selain itu, Quartararo juga tidak menolak pasukannya kini bergelar minoriti dan sukar untuk mencabar kejuaraan dunia kerana hanya ada enam pelumba yang mewakili Yamaha dan Honda, manakala pesaing lain semua memilih bersama pasukan dari Eropah.

“Saya harap kita dapat kembali bangkit memberi cabaran pada GP akan datang kerana kita tidak boleh duduk diam sahaja dengan melihat pasukan pesaing mendominasi saingan perlumbaan demi perlumbaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI