fbpx

Bayar tinggi pun, saya takkan lakon babak lucah – Hisyam Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISYAM HAMID

PETALING JAYA – Ingin memberi kehidupan yang tenang buat keluarganya, pelakon Hisyam Hamid sentiasa mengamalkan prinsip cerewet dalam pemilihan watak drama atau filem.

Menurut Hisyam, 39, prinsip tersebut adalah bagi memastikan dia tidak terlibat dalam adegan yang menyentuh isu sensitif dan keganasan seksual seperti rogol.

“Sejak dulu saya jaga portfolio kerjaya seni dan takkan terima watak sensitif malah secara peribadi memang tak akan buat.

“Paling saya elak ialah babak yang ada kaitan dengan rogol dan sebagainya.

“Saya rasa perkara sebegitu sangat sensitif dan rasa marah. Jadi, mengapa saya perlu libatkan diri dengan adegan macam itu?” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bukan sengaja menolak rezeki, dia menegaskan enggan tindakannya terlibat dengan adegan sensitif akan memberi impak negatif terhadap kehidupan dua anaknya.

“Saya ada keluarga dan anak-anak. Semua perkara yang nak buat perlu fikirkan mereka dahulu selain kena tunjuk contoh baik pada mereka.

“Sebab itu saya tak akan lakonkan babak lucah meskipun penggambarannya tidak menampakkan wajah saya.

“Setakat ini anak-anak tak pernah bertanya mengenai lakonan saya cuma saya perlu berhati-hati agar semuanya terkawal,” jelasnya.

Pelakon kelahiran Singapura itu juga menegaskan dirinya tidak akan hanyut untuk melakonkan babak sensitif hanya kerana ditawarkan bayaran yang tinggi.

Ujarnya, bayaran adalah perkara terakhir yang akan dipertimbangkannya setiap kali menerima sebarang tawaran lakonan.

“Selalunya kalau dapat sebarang tawaran, saya akan teliti jalan cerita dan watak kemudian barulah jumlah bayaran.

“Kalau dibayar lumayan sekalipun, saya memang tak akan lakukannya. Saya lebih memilih untuk berlakon, kemudian pulang ke rumah dan tidur dengan tenang tanpa memikirkan sebarang impak negatif seperti kecaman netizen,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI