fbpx

268 helmet ‘Arai’ ciplak dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang merampas topi keledar tiruan di sebuah premis di Butterworth, semalam.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah premis menjual topi keledar tiruan dengan menggunakan jenama ‘Arai’ di Bukit Mertajam di sini, semalam.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, operasi tersebut dijalankan susulan aduan daripada wakil pemilik jenama yang popular dalam kalangan penunggang motosikal berhubung kegiatan di premis terbabit.

“Hasil serbuan yang dijalankan, kita menemui sebanyak 268 unit topi keledar jenama TSR yang mengandungi tanda karya seni Arai terdiri daripada pelbagai model, antaranya Nakano Shukiken Silver, Black Samurai dan Oriental Blue.

“Kesemua topi keledar bernilai RM70,240 itu kemudiannya disita untuk siasatan lanjut mengikut Akta Hak Cipta 1987,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI