fbpx

Putin menang besar, perintah Russia hingga 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Putin ketika bertemu media di Moscow hari ini. – AFP

MOSCOW – Vladimir Putin dijangka mengetatkan cengkaman ke atas Russia selepas  keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang besar dalam pilihan raya Presiden semalam.

Selepas separuh kertas undi dikira, Putin berada jauh di hadapan dengan memenangi 87.3 peratus undi, demikian menurut keputusan awal seperti dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC).

Keputusan itu bermakna Putin akan memerintah Russia sehingga sekurang-kurangnya tahun 2030 apabila usianya mencecah 77 tahun sekali gus pemimpin Russia paling lama memerintah selepas diktator Kesatuan Soviet, Joseph Stalin.

Putin tiada pencabar berkaliber selepas sebahagian besar calon pembangkang telah sama ada meninggal dunia, dipenjarakan, diusir atau dilarang daripada bertanding pada pilihan raya kali ini.

Undang-undang Russia diubah pada 2008 untuk melanjutkan tempoh pentadbiran Presiden daripada empat kepada enam tahun. Rombakan perlembagaan seterusnya  memansuhkan had penggal Presiden Russia  membolehkan Putin untuk terus berkuasa hingga 2036. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI