fbpx

PBAPP rayu pengguna jimat air 10 peratus serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merayu semua penduduk di Pulau Pinang supaya mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus dengan serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmananthan berkata, anggaran penggunaan air di Pulau Pinang mencecah 927 juta liter sehari (JLH), semalam berbanding purata 877 JLH, tahun lalu.

Menurutnya, PBAPP telah mengeluarkan sebanyak mungkin air tetapi peningkatan penggunaan sebanyak 50 JLH ini menyebabkan masalah bekalan air di beberapa kawasan.

“50 JLH merujuk kepada jumlah air yang cukup untuk mengisi 20 kolam renang saiz Olimpik setiap hari atau 33,333,333 botol besar (1.5L)
air minuman setiap hari.

“Kenaikan mendadak dalam penggunaan air terutamanya dalam keadaan situasi kekurangan air seperti di Pulau Pinang, agak kurang bijak dan tidak mampan.

“Ini telah menyebabkan masalah di beberapa kawasan di Daerah Barat Daya (DBD) danSeberang Perai Selatan (SPS), seperti yang dilaporkan oleh PBAPP dalam hantaran di Facebook kelmarin,” katanya di sini, hari ini.

Justeru katanya, pengguna dinasihatkan agar mengelak daripada menggunakan hos air untuk menyiram taman, membersih kenderaan atau premis anda dengan segera pada musim kemarau yang melanda ketika ini.

Beritahu beliau lagi, dalam jangka masa dari 14 hingga 17 Mac lalu, paras air Sungai Muda adalah 1.71m (meter) – 1.89m, iaitu di bawah “paras selamat 2.0m” untuk pengabstrakan air di muka sauk Lahar Tiang di Seberang Perai.

“Paras Empangan Muda 120 bilion liter di Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda dilaporkan menurun kepada 48.6 peratus pada Jumaat lalu.

“Mujurlah, paras Empangan Beris, empangan kedua yang mungkin melepaskan air ke Sungai Muda, dilaporkan 98.6 peratus pada hari yang sama,” ujarnya

Jelasnya lagi, PBAPP akan terus mengabstrak sebanyak mungkin air mentah dari Sungai Muda setiap hari untuk memenuhi permintaan air Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, operasi pelepasan air dari Empangan Muda dan Empangan Beris ke Sungai Muda ketika musim kemarau terletak di tangan pihak berkuasa Kedah.

“Namun begitu, kakitangan PBAPP bersiap sedia untuk melepaskan maksimum 600 JLH dari Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD), apabila kita tidak dapat mengabstrak air yang mencukupi dari Sungai Muda,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI