fbpx

Giliran lori tangki pula ‘parkir’ atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tangki air tersebut terbabas selepas menuruni kawasan berbukit. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah klip  video tular di media sosial Indonesia memaparkan lori tangki tersangkut di atas bumbung rumah penduduk di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Menurut keterangan video, lori tangki itu terbabas dan mendarat di atas bumbung rumah penduduk selepas menuruni kawasan berbukit dengan laju.

Ia sebelum itu melanggar deretan pokok lalu terbabas dan tersangkut di atas bumbung sebuah rumah di  tepi jalan.

Turut kedengaran dalam video tersebut adalah perbualan tentang bagaimana untuk mengalihkan lori itu.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas kejadian serupa yang menyaksikan sebuah motosikal serta kereta tersangkut di atas bumbung rumah.

“Motosikal sudah, kereta sudah. Kini, lori tangki air pula tersangkut pada bumbung,” kata keterangan video berkenaan. 

Ia menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Silakan semua kenderaan untuk parkir di bumbung rumah,” kata seorang netizen.

“Kenapa sudah seperti menjadi trend? Kenderaan tersangkut pada bumbung,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI