fbpx

Wanita maut selepas dikejar beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seekor beruang di Zoo Bratislava, Slovakia. - Foto AFP

BRATISLAVA, Slovakia – Seorang wanita berusia 31 tahun dari Belarus meninggal dunia selepas dikejar seekor beruang di utara Slovakia, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Perkhidmatan Menyelamat Pergunungan Slovakia berkata, mayat wanita itu telah ditemui di hutan di Low Tatras pada petang Jumaat lalu.

Dia dilaporkan berjalan dengan seorang teman lelaki apabila kedua-dua mereka diserang oleh seekor beruang.

Menurut lelaki berkenaan, dia dan wanita tersebut melarikan diri ke arah berbeza, manakala kawasan itu mempunyai hutan tebal dan jurang yang curam.

Pihak berkuasa Slovakia berkata, kedua-dua mangsa sedang berjalan di Lembah Demanovska apabila mereka dikejar haiwan tersebut.

Mayat wanita itu ditemui oleh anjing pengesan selepas rakannya meminta bantuan daripada pihak berkuasa.

Setakat ini, masih tidak jelas punca kematian wanita itu atau sama ada dia dibunuh oleh beruang tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI