MUAR – Setiap kali Ramadan, momen berbuka bersama insan tersayang dan menunaikan solat tarawih bersama-sama merupakan detik indah, namun saat itu hanya tinggal kenangan buat Abdurrahman Amir Ruddin, 20, dan adiknya, Abdullah, 16. Dua beradik itu kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradik yang lain apabila kesemuanya dijemput Ilahi dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September tahun lalu. Biarpun sudah lebih enam bulan insan tersayang pergi menghadap Ilahi, detik indah dan kenangan bersama mereka tidak pernah luput……