fbpx

Pengemis Rohingya makin ‘terdesak’, bawa tong oksigen raih simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pengemis Rohingya yang dikongsi di aplikasi X.

PETALING JAYA – Pelbagai cara digunakan etnik Rohingya untuk mengemis bagi meraih simpati orang ramai.

Terbaharu, menerusi perkongsian di aplikasi X, kelihatan dua individu iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya mengemis dengan membawa tong oksigen.

Difahamkan, gambar tersebut dirakam oleh seorang pengguna di sebuah bazar Ramadan di sekitar Sungai Besi.

“Lain macam rohingya mengemis tahun ni, Bazar Ramadhan Sungai Besi,” tulis @MALAYSIAVIRALL.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan lelaki dewasa itu sedang memakai penyedut oksigen pada bahagian mukanya, selain terdapat tong oksigen di sebelahnya.

Turut kelihatan seorang kanak-kanak di sebelah lelaki terbabit.

Susulan perkongsian itu, pengguna media sosial mahu pihak berkuasa menjalankan pemantauan di bazar Ramadan kerana dikhuatiri lebih ramai pengemis mengambil kesempatan pada masa akan datang.

“Harap pihak @imigresenmy boleh buat ‘lawatan kerja’ kat pasar malam/pasar tani/bazar Ramadan.

“Mana tahu boleh terserempak dengan spesis orang hanyut ni, tolong lah hantar mereka balik ke negara asal. Menyampah,” kata @Orkid_Hutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI